Monday, February 28, 2011

Di Suatu Petang

Deruman enjin kedengaran deras. Perlahan-lahan kenderaan yg dinaiki cik Puteri mula bergerak utk menuju ke destinasinya. Dari dlm bas, Puteri memandang keluar tingkap. Meneliti dan mengamati apa saja yg terlihatkan oleh matanya.

"Subhanallah... Cantik dan Indahnya ciptaan Allah."

"Nk bergambarlah..." Gumamnya di dalam hati.

Selepas satu, satu dan satu lg gambar yg di snap menggunakan hansetnya yg tak berapa canggih utk disimpan buat kenang-kenangan sepanjang perjalanan. Kadang-kadang jadi gambar yg disnap dan kadang-kadang tak jadi pula. Mana taknya, kenderaan sedang bergerak la katekan. Sudah semestinya gambarnya jadi seperti berlari-lari akibat gegaran.

"Kalo tak delete, penuh pula memory ni..." kata Puteri sendiri.

"Seronok juga dpt conquer dua seat ni sorg-sorg. Satu utk duduk, satu utk letak brg. hehe..."

30 minit perjalanan yg dilalui terasa agak bosan juga tanpa berbuat apa-apa. MP3 pun dikeluarkan dari dalam kocek utk didengari. Select 'Music' - 'All Song' dan seterusnya lagu yg ingin didengari Puteri pilih... 'Debu-Debu Dosa'. Nyanyian kumpulan Hijjaz..

"Lama tak dengar lagu ni."

Bermonolog sendiri. Tiba-tiba rasa sayu bertandang di hati.

"Astaghfirullahal'azim... Ya Allah, ampunkan dosaku. Terasa diri ini bnyk berbuat dosa. Amanah yg dipikul tak ku galasnya dgn baik. Alasan demi alasan sering ku berikan utk mengelak & menjauh. Mengapa dgn diriku ini?"

Teringat kata-kata Ustazah.

"Jika menghadapi masalah atau ada sesuatu yg berlaku pd diri, teruslah mengadu kepada Allah. Allah selalu ada utk kita. Mengadulah sepuas hati."

Kedengaran esak tangis Puteri sendirian menyesali kesilapan diri.

"Adakah mungkin akan ku peroleh pengampunan dariMU Ya Allah..."

Terngiang-ngiang pesanan Ustazah lagi.

"Janganlah berputus asa dari Rahmat Allah Taala. Allah Yang Maha Pengampun, Allah Yang Maha Pemurah, Allah Yang Maha Penyayang... Ingatlah, Allah Taala Maha Menerima Taubat hamba-hambanya. Berusahalah sedaya mungkin agar kita mendapat pengampunanNYA. Kembalilah kepada Allah Taala"

Tanpa sedar, bas yg dinaiki telah tiba di destinasi yg dituju. Lamunan puteri pun terhenti.

"Eh, sampai dh... Alhamdulillah..."


~Andainya dpt kau dengarkan... Tidak sempurna keimanan tanpa keislaman, keislaman tanpa iman kan jd rapuh.... Senyum & Berbahagialah always...~


No comments:

Post a Comment